Monday, 13 October 2014

Aussie Spring Trip Part 2 - Tullamarine Airport

Hi everyone,

Sambung cerita Aussie Spring Trip Part 2, okay, hari yang dinanti nanti kan telah tiba... yeayyyyy... 19 Sept 2014, flight pukul 10.30 malam.. pukul 8.30 malam aku terpacak dekat KLIA 2....okay sampai airport, nk check in luggage... passport mana? passport????! aku cuak.. sebab seingat aku.. memang aku tak pernah kuarkan dari beg yang aku nak bawak tu.. masa nk gerak dari rumah pun, aku dengan penuh yakin passport dalam bag.. urrrggghh!!! cuak.... hehehe.. sebenarnya ada jer dalam bag, itu permulaan clumsy aku.. dah la travel kali ni dengan team yang aku tak pernah travel, kak ida, first time kenal and travel dengan dia.. alhamdulillah sporting sangat!

Ok tips naik flight dari KLIA2..--> datanglah awal.. lepas check in luggage tu, jauh weh nak jalan ke bording gate... so klau datang awal, bole la cuci-cuci mata, serious jauh.. lagipun kalau nak solat, ada surau yang di sediakan.. sorry sebab aku tak amik gambar and direction pun tak ingat sebab masa tu tak plan lagi nak buat blog ni.. hehe... nanti aku improve okay..  by the way, tak der gambar sebab ktorg melepak minum and last minute baru masuk, bayangkan aku almost berlari okay.. sebabnya melepak tak henggat nak fly..

After 6 hours dalam flight, rasanya dalam pukul 8.20 pagi 20 Sept 2014, ktorg selamat sampai di Tullamarine Airport, alhamdulillah.. syukur! Xsangka aku dh jejak kaki di Melbourne... hooyeayyyy, first cari tempat simpan bag dekat airport sebab ktorg akan balik ke airport untuk naik flight ke Sydney. Tempat simpan barang ni berbayar, bukan simpan dalam locker tapi simpan dekat bilik yang disediakan.

Tempat aku bergambar lepas tu kad myki hilang...huhuhu...

Okay, ni penting.. dari Tullamarine Airport tu, untuk ke Melbourne CBD ada banyak pilihan, bole guna service skybus atau explore naik bus and train..

Okay klau naik skybus.. amik return ticket, cost 30AUD, 1 way 18AUD.. klau dengan barang yang banyak, aku suggest, amik la service Skybus ni.. sbb ia convenient.. skybus ni akan hantar sampai depan hotel, bole check dekat website Skybus

Okay lagi satu cara naik bus dari Tullamarine Aiport.. tunggu bus dekat depan airport, tapi ke depan lagi dari tempat naik skybus.. nanti akan pass by perkataan MELBOURNE yang besar tempat aku hilang myki tu.. tak perlu lintas okay.. nanti jumpa lah bus stop tu.. kalau xjumpa.. tanya jerla orang.. huhuhu... okay.. kemudian naik bus ke broadmeadows station, turun dari bus.. then naik train ke Melbourne CBD.. terus terang cara ni penat sikit dengan barang2 yang banyk.. dan kalau rushing.. mmg xsesuai.. ktorg try naik bus and train sebab tak bawak barang.. good experience for us. Refer link ni kalau betul nak naik bus and train to-from-the-airport

By the way, kalau nak naik bus and train, beli dulu kad myki dekat airport, dekat dengan tempat simpan barang ada myki machine, actually dekat pintu nak keluarga airport pun ada, tp macam tersorok sikit, but its okay, bole jer tanya orang dekat sana, sepanjang aku dekat sana, orang sana semuanya helpful.. okay, harga myki 6AUD, tapi untuk first time, to be safe.. beli kad sekali dengan top up dengan harga 20AUD..

Tips guna myki.. touch in and touch out.. okay..

myki card

Okay, aku stop dulu part Tullamarine Airport ni... nanti aku sambung trip to Sydney.. then balik to Melbourne okay..









Sunday, 12 October 2014

Aussie Spring Trip Part 1

Hi everyone,

Australia???? sepatutnya tak der dalam travel plan aku tahun ni, tapi tiba2 cousin aku ajak and kebetulan tiket Air Asia murah, murah sebab booking awal..(trip bulan Sept, booking ticket bulan May) hehe.. so tips untuk travel belilah ticket awal-awal ek.. kalau beli last minute redha jerlah dengan harga tu... apa2 pun travel akan bermula bila kita dah beli ticket, masa tu kita dengan automatic akan rajin search and simpan duit untuk travel, simpan duit sebab aku bukan nya ada duit berkepuk kepuk..huk..huk..huk.. and we will start dreaming! itu aku lah..

Bording pass kami... yeayyyy!!!!

Trip ini bukan first backpackers trip aku, ini kali kedua selepas Seoul Busan (Korea Winter Trip 2014). Korea Winter Trip ni aku compose selepas habis Aussie Spring Trip ni okay, sebab nya aku takut nanti aku terlupa semua info penting nk share.. sekarang ni pun macam dah tak fresh sangat.. hehe...

Okay, apa apa pun.. before fly, jangan lupa buat visa yer.. kalau tak nak kelam kabut, buat lah visa sebulan before travel, bole apply dekat website Electronic Travel Authority- Australia Visa tapi harga satu visa 20AUD, kalau nak murah bole buat dekat travel agent, macam aku yang nak berjimat, aku buat dekat Koswip Travel & Tours Sdn Bhd dekat Putrajaya, charge RM30 untuk satu visa, itu harga yg paling murah yang aku dapat, syukurlah daripada kene bayar 20AUD. Kalau nak further info, bole refer to http://www.koswip.org.my/

Done ticket and visa, but klau travel ke 4 season country, kena lah tau season country yang nak pegi tu kan, tapi make sure study before beli ticket, okay.. bukan apa senang nk plan nanti... Untuk Aussie trip ni, kami memang pilih spring sebabnya spring is the best season kalau nak jalan-jalan, tak sejuk sangat dan tak panas sangat, ala2 dalam air cond gitu.. scenery pun cantik.. so cukuplah dengan bawak sweater jer.. 

Okay belanja gambar sikit..

Australia memang terkenal dengan airport rules yang strict, bila baca dekat mana-mana blog pun, semua mention benda yang sama, tapi aku refer blog Kaki Berangan and Backpackerbusuk. busuk, so bacalah blog dorg k.. xyah la aku nk ulang lagi.. hehehe..dorg ada listkan barang apa yang bole bawak and barang apa yang tak bole bawak.. and what should you do.. link sudah ada, click jer la ek..

Travel tips:
1. Ticket - beli awal untuk harga yang murah
2. Season - Check season country yang nak travel
3. Visa - apply 1 month before travel
4. Items to bring, buat check list before travel

Cukup untuk first entry kali ni.. nanti aku share itinerary pulak k..  happy blogging!





Saturday, 11 October 2014

It is started with a dream

Hi everyone,

Entry pertama dan entah ke berapa kali susun ayat, okay nak menulis bukan mudah tapi untuk menulis perlukan idea dan minat. Idea kewujudan blog ni untuk aku berkongsi travel tips and kalau rajin aku update lah jugak cerita2 lain, sebabnya before aku travel, aku akan menjelajah semua info dalam internet and blog-blog orang tentang tempat yang aku nk pergi tu.. so dari situ aku akan ada overview, bila dah sampai sana tak lah aku lost, walaupun kadang2 lost jugak.. haha.. nasiblah kan.. Hopefully info dalam blog ni jugak akan membantu u all yang nak travel.

Semoga blog ini akan memberi manfaat kepada semua dan happy blogging to everyone!


With love,
Shuhada
12.10.2014